Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
PENGENALAN
Yank's Stunt Club Communities hari ini akan melancarkan satu kelab stunt yang dipelopori oleh
artis antagonis tersohor di Malaysia iaitu Yank Kassim. Beliau juga dikenali sebagai pelakon
lagak ngeri yang disegani di dalam industri perfileman di negara ini. Selama 20 tahun beliau
berkecimpung dalam pelbagai lakonan dari awal penglibatan beliau sebagai pelakon extra
sehingga peneraju utama dalam filem-filem hebat dalam dan antarabangsa.
Diantara filem-filem beliau adalah Gerak Khas The Movie 1 & 2,聽 Dampak, Shukur 21,
Don, Anna And The King, Datin Ghairah, Prince Of The City, Gemilang, Maria Mariana,
Cheplos dan banyak lagi. Setelah berjaya mengangkat watak antagonis yang lebih popular
dari hero, kali ini beliau ingin mengangkat kerjaya pelagak ngeri ke satu tahap yang lebih tinggi
bagi membolehkan ia dijadikan sebuah kerjaya yang lumayan dan popular. Dengan tindakan
beliau setakat ini, beliau telah berjaya menyakinkan produser-produser filem untuk menerbitkan
beberapa filem aksi antaranya Pahlawan Mat Kilau, Tok Gajah, Tyckoouns, Cyber X, Balun,
Misi 36, Libas, KL Gangster, Kapsul, Patriot, Advanture聽 of Buntat dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan, Yank Kassim juga telah mencapai kejayaan dalam bidang lagak ngeri dan
beliau telah diiktirafoleh Australian Stunt Academy. Beliau telah menerima sebanyak 7 sijil
pelbagai kategori dalam aksi lagak ngeri dan telah menerima jemputan khas ke
Hollywood Taurus Stunt Award.
YUNK'S STUNT CLUB COMMUNITIES
Tujuan kewujudan kelab ini ialah untuk menggabungkan seluruh pelagak ngeri pelbagai kategori
yang lama dan yang baru bagi mendapatkan idea-idea baru sambil bertukar-tukar pengalaman
untuk menuju kearah kemantapan聽 skills, kualiti dan bayaran setanding dengan pelagak ngeri
antarabangsa.
Antara aktiviti yang di rancang antaranya adalah bergabung bersama stunt team untuk mencungkil
kepakaran yang boleh di guna untuk epik besar, stunt yang hebat dan gabungan stunt dari luar.
Bagi tujuan promosi, sokongan dari pihak media akan di perluaskan, pertunjukan aksi secara
langsung seperti aksi terbakar dan meletup boleh di adakan ketika聽 road tour bersama 30 kelab
IM4U.
Orang awam boleh meyertai kelab stunt Yank's Kassim melalui keahlian Maqib seterusnya
membantu mereka untuk menjalankan perniagaan serampang dua mata melalui bakat dan
pendapatan. Kelab ini terbuka kepada semua golongan untuk sesiapa sahaja termasuklah
ibu tunggal. Pelbagai program akan dirancang seperti latihan atau kursus untuk memantapkan
aksi - aksi stunt. Sebelum menyertai kelab stunt, ahli di nasihatkan untuk mempunyai insurans
sendiri.
TERIMA KASIH